Oleh MJ Akhbar
Penduduk 'terhimpit' rela bekerjasama dengan pengganas untuk luahkan kemarahan sejak 50 tahun lalu
KEBANYAKAN daripada bandar raya di Asia Selatan, yang mengalami kemiskinan teruk, wujud 'Somalia kecil' yang menanti saat untuk meledak dan memberikan kesan kepada politik negara. Hal sama berlaku di Mumbai, India yang dikuasai jenayah pasaran gelap sehingga menyemarakkan kebencian masyarakat di negara itu.
Masyarakat benci kepada negara itu kerana ketahanan adalah hasil dengan memberi rasuah kepada polis. Seperti lahar bawah tanah yang bergelegak, kini apa yang selama ini tidak kelihatan meletus di jalan di bandar raya Mumbai.
Ini semua berlaku kerana penduduk di situ tidak tahu sama ada untuk bertindak secara patriotik atau menjaga moral. Oleh itu, mereka dengan mudah bekerjasama dengan pengganas kerana mereka mempunyai sebab untuk berasa terkilan. Di Mumbai, sebahagian besar penduduk Islam dinafikan ruang dalam ekonomi formal dan sudah membentuk kebencian sejak 50 tahun lalu.
Dalam letupan yang berlaku petang Khamis lalu, pengganas membunuh lebih 140 orang masih belum diketahui punca sebenarnya, namun apa yang kita tahu lebih 30 pengganas bersenjata AK47 dan bom tangan masih menawan pusat perniagaan dan kewangan India itu. Sasaran mereka adalah rakyat India dan pelancong asing, khususnya warga Amerika Syarikat dan Britain.
Nampaknya, operasi berkenaan didorong dari Pakistan menerusi kumpulan pengganas Lashkar e Tauba, yang dibenci pihak sekular India dan dibayangi agensi perisikan Pakistan dan sokongan penjenayah jalanan.
Bagaimanapun, dalam drama penuh berdarah, kita mungkin terlepas elemen signifikan berkaitan kejadian itu. Operasi serangan itu tentunya memerlukan perancangan teliti dengan mengambil tempoh berbulan-bulan, termasuk mengatur secara serius terhadap bekalan senjata, pergerakan kumpulan kecil askar, merancang sasaran, pengangkutan dan mengenal pasti kelemahan pihak berkuasa. Rancangan serangan membabitkan beratus-ratus orang dilaksanakan ketika pihak berkuasa India gagal menghidu pergerakan itu.
Ketua Skuad Anti Pengganas India, Hemant Karkare (turut terbunuh dalam serangan itu) sebenarnya menerima ugutan bunuh daripada bandar berhampiran iaitu, Pune. Namun, unitnya sendiri tidak mengambil langkah untuk melakukan siasatan mengenainya, sebaliknya sibuk bagi pihak perancang politik.
Sebenarnya, serangan menunjukkan kegagalan nyata pihak polis. Mereka mewakili kepada keruntuhan, dosa kelemahan dan salah urus pentadbiran serta pengurusan politik.
India adalah negara hebat. Tidak ada siapa yang tahu mengenai ilusi itu. Ia adalah perjuangan pengganas Muslim di Kashmir, Sikh di Punjab, Kristian di Nagaland, dan Hindu di Assam dan sempadan negara itu. Sepatutnya anda tidak boleh menuduh seluruh masyarakat terhadap segelintir yang melakukan dosa itu.
Namun, di bawah pentadbiran lemah itu, khususnya sejak tiga tahun lalu, India terus berada dalam bahaya.
Sebenarnya, India teguh hanya di belakang Iraq dengan ramai kalangan rakyatnya terbunuh setiap tahun dalam serangan pengganas.
Tiga tahun lalu, Perdana Menteri India, Manmohan Singh, bangga berkata kepada Presiden George W Bush di Delhi, bahawa orang Islam India tidak terbabit dalam sebarang aktiviti keganasan. Kesannya kesepaduan masyarakat orang Islam di India mencatat kejayaan dalam Perlembagaan di negara itu. Singh menyifatkan, orang Islam juga mendapat manfaat dalam demokrasi di India. Kesimpulannya, Bush gembira. Namun Singh yang tidak tunduk kepada pengganas, sebahagian mereka mungkin dapat membaca dirinya sebagai cabaran untuk mereka bertindak.
Saya adalah rakyat India dan beragama Islam serta bangga dengan kedua-duanya. Seperti India lain, hari ini, saya marah dan kecewa dan tertekan. Saya marah mereka yang menyerang Mumbai. Saya kecewa dengan ketidakupayaan kerajaan di Mumbai dan Delhi yang tidak mempedulikan kesengsaraan rakyat. Saya tertekan dengan kemusnahan yang berlaku kepada India.
Penulis ialah bekas Ahli Parlimen dan Penasihat kepada bekas Perdana Menteri, Rajiv Gandhi juga Pengarang Pengasas The Asian Age dan Felo Persatuan Masyarakat Asia. Project Syndicate 2008
Sabtu, 29 November 2008 1 Zulhijah 1429
BH http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Rencana/20081128224711/Article/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment