Ada melihat Obama sebagai 'cahaya harapan' bagi perubahan, McCain kesinambungan kuasa polis dunia
EMILIHAN Presiden Amerika Syarikat (AS) adalah ujian paling baik untuk memahami perbezaan pandangan dunia antara Eropah dan Asia. Sekiranya ingin AS diketuai kuasa yang boleh dicontohi, anda akan memilih Barack Obama; sekiranya ingin memastikan kesinambungan kepemimpinan AS, anda mungkin lebih sukakan John McCain.
Tetapi bagi majoriti rakyat Eropah, kecuali mereka yang terlalu menjulang alasan sejarah dan geografi bagi kehadiran semula 'beruang Russia' akan menyokong Obama dan majoriti rakyat Asia, terutama golongan elit kelihatan menyokong McCain.
Perbezaan ini muncul mengatasi semua pertimbangan strategik dan mungkin turut dipengaruhi dimensi budaya. Di Asia, Indonesia mungkin melihat 'Eropah' dalam kegilaan mereka terhadap Obama tetapi ia akhirnya mencipta anomali, dengan alasan Obama pernah membesar di negara itu.
Sebaliknya, bagi alasan yang sungguh berbeza, golongan elit Asia menunggu kemungkinan kejayaan Obama dengan perasaan bercampur aduk dan mungkin terselit sedikit kerisauan.
Contohnya, kumpulan elit Jepun kelihatan lebih memihak kepada kesinambungan kuasa sedia ada, berbanding perubahan. Dalam minda mereka, kuasa lebih keras AS adalah lebih baik daripada kuasa yang lebih baik.
Dan visi mereka terhadap AS 'yang akan terus menjadi ketua' masih tidak berubah. Bagi mereka, AS adalah kuasa strategik yang diperlukan bagi mengimbangi China. Tetapi bagi rakyat China sendiri, ramai mungkin memilih McCain, dengan alasan berbeza. Kemerosotan imej dan pengaruh AS pada mata dunia tidak menyusahkan hati mereka.
Sebagai kuasa besar Asia, China merampas 'jubah harapan' dari AS dan kuasa polis dunia itu mungkin merampasnya kembali di bawah pemerintahan Obama, tetapi ia akan kekal di tangan mereka sekiranya McCain berkuasa.
Atas alasan itu, mengapa China perlu memihak kepada perubahan, sekiranya kesinambungan kuasa berfungsi dengan baik untuk mereka?
Kumpulan elit India juga membuat kesimpulan yang sama, tetapi dengan alasan lain. Tahun-tahun pentadbiran Bush dilihat positif, berikutan ia seiring dengan pengukuhan status negara itu di gelanggang antarabangsa dan muncul sebagai rakan diplomatik utama AS di Asia.
Di Singapura, pertimbangan ideologi mengukuhkan minat strategik. Regim konservatif selalunya lebih memihak kepada calon Republikan berbanding Demokrat.
Bagaimanapun, melampaui pertimbangan strategik, perkara lain juga perlu disentuh (dengan berhati-hati). Adalah terlalu awal untuk berkata 'beban lelaki kulit berwarna' akan menggantikan frasa popular Rudyard Kipling iaitu 'beban kaum kulit putih'.
Negara Asia agak lembap dalam mengakui hakikat bahawa kuasa turut berkait rapat dengan tanggungjawab antarabangsa. Bagaimanapun, bagi negara Asia yang sudah berjaya mengejar kemajuan setara dengan Barat mungkin sukar untuk menyesuaikan diri dengan idea bahawa AS buat kali pertama dalam sejarah tidak akan diketuai seorang Presiden berkulit putih.
Bagaimana untuk mendefinisikan diri kepada Barat, apabila Barat sendiri sudah berubah begitu jauh daripada rupa wajah fizikal yang sepatutnya mewakili mereka, sekali pun jika kita tidak mengambil kira pengisiannya?
Di Eropah, keputusan sebaliknya adalah amat lantang. Pengisian kompleks yang dipamerkan Obama menjadi satu kelebihan kepada mereka.
Bagi negara yang pernah menjadi tanah jajahan AS ini, untuk memberi sokongan penuh kepada Obama jika bukan pun untuk menebus maruah, tetapi boleh menghapus kenangan buruk terhadap kuasa dunia itu.
AS sekali lagi merintis jalan untuk membolehkan benua itu mencapai kejayaan yang lebih gemilang satu hari nanti; impian yang kini bukan lagi sesuatu yang mustahil.
Dalam situasi yang lebih klasik, kebencian terhadap Bush di Eropah diterjemah dengan perasaan memihak kepada Obama dan Eropah semakin menjauhkan diri daripada pencalonan McCain.
Masyarakat Eropah berasa tertekan dengan tindakan AS mempamerkan kuasa mereka. Justeru, mereka tidak kisah untuk menyokong seorang rakyat AS yang berpandangan lebih sederhana di gelanggang antarabangsa dan bercita-cita tinggi di negara sendiri.
Malah, dengan dunia yang sedang mengalami krisis ekonomi, mereka mungkin berdoa agar 'cahaya harapan' yang dipancarkan Obama akan turut menyegarkan semangat dan mengubah mereka menjadi lebih baik. Mereka tidak mahu AS hanya untuk melindungi, bahkan untuk mengubah mereka.
Persepsi bahawa Obama boleh mengubah pandangan bahawa AS dan Barat perlu menjadi faktor penting dalam jurang emosi yang mungkin wujud antara Asia dan Eropah pada hari pemilihan Presiden AS nanti.
Berasaskan pendirian itu, Asia mungkin akan menjadi benua yang memilih untuk tidak berubah, manakala Eropah pula sebaliknya. Bagi ramai rakyat Eropah, kelahiran semula AS adalah harapan terakhir Eropah.
Ia adalah harapan yang murni, tetapi berbahaya kerana impian amat mudah bertukar menjadi igauan ngeri. Ia mungkin berlaku sekiranya Presiden AS selepas ini gagal untuk menangani ancaman kewangan dan ekonomi yang kini menyelubungi mereka dan turut menjejaskan negara dunia lain.
Penulis ialah Pengasas dan Penasihat Kanan Ifri (Institut Hubungan Antarabangsa Perancis) dan Profesor di Kolej Eropah, Natolin, Warsaw. (Hakmilik Projek Syndicate, 2008).
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Rencana/20081031221342/Article
DL011108
No comments:
Post a Comment