Susunan Idris Musa idris@hmetro.com.my
SEJARAH Islam di Oxford, Britain membuka lembaran baru apabila seorang cendekiawan wanita Muslim menyampaikan khutbah dan mengetuai solat Jumaat buat pertama kali di hadapan kumpulan lelaki dan wanita, baru-baru ini.
Profesor Amina Wadud, seorang profesor pelawat Starr King School of the Ministry, Berkeley, California, menerima ancaman mati selepas mengetuai solat jemaah di New York tiga tahun lalu. Majlis itu dikendalikan di gereja Anglican selepas masjid menolak penganjurannya.
Tetapi pada 1 tengah hari Jumaat, baru-baru ini di Oxford’s Banbury Road, Wadud sekali lagi mengundang kontroversi kerana menyampaikan khutbah sempena persidangan mengenai Islam dan feminisme (fahaman kewanitaan) di University’s Wolfson College.
Dianjurkan oleh Muslim Educational Centre Oxford (Meco), majlis itu mengundang kritikan tajam daripada golongan yang memperjuangkan dasar tradisional, yang mendakwa al-Quran menegaskan lelaki mengetuai solat.
Polis turut ditugaskan bagi memastikan protes terhadap tindakan itu tidak bertukar menjadi ganas.
Taj Hargey, seorang veteran antiaparteid (dasar pemisahan kaum di Afrika Selatan) yang kini sibuk dengan tugas penyelidikan selepas kedoktoran di Wolfson College, adalah pengerusi Meco.
“Keadaan kami adalah ringkas,” kata Hargey, sambil berkata: “Undang-undang agung al-Quran menegaskan apa saja yang tidak zahir larangannya, ia adalah dibenarkan.”
“Literalis menterjemahkan hadis sebagai membayangkan seorang perempuan sepatutnya tidak mengetuai masyarakat.
“Walaupun di antara hadis terdapat seorang wanita dikenali Umm Waraqa yang Nabi membenarkan untuk mengetuai solat di sebuah isi rumah dan mengajar jirannya.
“Sungguhpun mengiktiraf perbezaan biologi di antara lelaki dan perempuan, al-Quran secara mutlak menentukan egalitarian jantina (prinsip sama rata di antara jantina).
“Orang menentang ini adalah Wahhabi, Deobandi; segmen golongan membenci perempuan. Mereka tidak percaya kesamaan bakat lelaki dan perempuan.”
Dilahirkan pada 1952, di Maryland, Wadud, yang dikatakan menulis buku berdasarkan al-Quran dan mengingati banyak daripadanya, mula menyampaikan khutbah Jumaat di Cape Town, Afrika Selatan pada Ogos 1994.
Sebagai pengasas golongan beraliran feminis, buku terakhirnya, ‘Inside The Gender Jihad: Women’s Reform In Islam’ (2006) adalah sebahagian daripada eksperimen dalam autobiografi dan memasukkan secara lanjut ancaman terhadap dirinya di New York.
Khutbah itu di depan kira-kira 100 orang, terdiri di kalangan lelaki dan perempuan, dilakukan bersama dengan percubaan sesetengah cendekiawan Muslim bagi melucutkan jawatan akademiknya.
Beliau bercakap mengenai keadilan terhadap ratusan lelaki dan perempuan. Khutbah beliau yang diadakan secara bercampur di antara lelaki dan perempuan, menimbulkan kemarahan pihak Muslim konservatif.
Timbalan Presiden Persekutuan Muslim Britain (MAB), Mokh-tar Badri, berkata: “Dengan penuh penghormatan kepada saudari Amina, solat adalah sesuatu yang dirikan berdasarkan tunjuk ajar Tuhan kami.
“Ia sama sekali tidak untuk dilakukan dengan kedudukan wanita dalam masyarakat. Ia bukannya untuk merendahkan mereka.
“Ia datang daripada Tuhan, bukannya manusia. Kami melakukannya berdasarkan firman Tuhan. Perempuan boleh mengetuai solat di hadapan wanita lain tetapi di depan jemaah lelaki dan perempuan, lelaki mesti mengetuainya.
“Ini bukan membataskannya terhadap Islam. Katolik tidak menghargai paderi perempuan.”
Minggu lalu, Inayat Bunglawala dari Majlis Muslim Britain (MCB), berkata: “Kami tidak melayan Taj Hargey. Organisasinya tiada gabungan dengan kumpulan haluan utama di negara ini.”
Meco mempunyai 200 penyokong. Pada 1983, Hargey dipenjara di tempat asalnya, Cape Town kerana protes dasar antiaparteid.
“Lihat pada apa (wanita yang menuntut hak mengundi atau memilih untuk kaum wanita) Emmeline Pankhurst lakukan,” katanya.
Tiga tahun lalu, Sheikh Sayed Tantawi, Sheikh Universiti Al-Azhar di Kaherah, Mesir, institusi tertinggi Islam, berkata Islam membenarkan wanita mengetuai wanita lain dalam menunaikan solat berjemaah, tetapi tidak boleh melakukannya jika terdapat makmum lelaki.
Ulama Ahli Sunnah paling berpengaruh, Syeikh Yusuf al-Qardhawi pernah berkata, fuqaha bersependapat wanita diharamkan menjadi imam solat Jumaat dan membaca khutbah.
dl 15 1108 http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/AdDin/20081024100204/Article/indexv_html
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment